Wednesday, October 1, 2014

Rasional PRS

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam sistem pendidikan kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki, khidmat "murid membantu murid" merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab murid adalah lebih ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih dalam kemahiran-kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.


          Untuk melengkapkan pengetahuan  pengetahuan dari sumbangan murid membantu rakan, maka mereka perlu diberi latihan supaya khidmat mereka lebih berkesan. Maka satu modul latihan telah dibentuk oleh beberapa orang Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk dijadikan panduan dalam melatih pelajar sebagai Pembimbing Rakan Sebaya.


          Walau bagaimanapun, pihak pentadbir sekolah, guru, staf lain dan masyarakat haruslah sedar bahawa PRS ini adalah remaja atau murid biasa yang masih mempunyai kekurangan diri dan perlukan bimbingan berterusan daripada orang dewasa. Mereka juga tidak akan berupaya menjadi murid serba sempurna tanpa membuat kesilapan. Mereka juga tidak akan berupaya memenuhi tuntutan pentadbir dan guru untuk mengatasi masalah disiplin sekolah. Apa yang boleh mereka lakukan melalui bimbingan dan galakan daipada pentadbir, guru dan orang dewasa lain ialah dengan menggunakan pengaruh positif serta contoh teladan untuk menarik perhatian rakan-rakan ke arah perlakuan yang diterima.

No comments:

Post a Comment