Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam sistem pendidikan kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki, khidmat "murid membantu murid" merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab murid adalah lebih ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih dalam kemahiran-kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Untuk melengkapkan pengetahuan pengetahuan dari sumbangan murid membantu rakan, maka mereka perlu diberi latihan supaya khidmat mereka lebih berkesan. Maka satu modul latihan telah dibentuk oleh beberapa orang Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk dijadikan panduan dalam melatih pelajar sebagai Pembimbing Rakan Sebaya.
Walau bagaimanapun, pihak pentadbir sekolah, guru, staf lain dan masyarakat haruslah sedar bahawa PRS ini adalah remaja atau murid biasa yang masih mempunyai kekurangan diri dan perlukan bimbingan berterusan daripada orang dewasa. Mereka juga tidak akan berupaya menjadi murid serba sempurna tanpa membuat kesilapan. Mereka juga tidak akan berupaya memenuhi tuntutan pentadbir dan guru untuk mengatasi masalah disiplin sekolah. Apa yang boleh mereka lakukan melalui bimbingan dan galakan daipada pentadbir, guru dan orang dewasa lain ialah dengan menggunakan pengaruh positif serta contoh teladan untuk menarik perhatian rakan-rakan ke arah perlakuan yang diterima.
Wednesday, October 1, 2014
Objektif PRS
Selepas program murid terpilih ini ;
1. Boleh menguruskan emosi dan sahsiah dengan kemahiran asas kaunseling.
2. Boleh menjadi PRS terlatih dan dapat menjadi pendengar yang baik dan berkeupayaan membantu rakan.
3. Boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling memperluas khidmat melalui projek membantu yang dijalankan oleh PRS.
4. Boleh berinteraksi dengan berkesan bersama rakan sebaya serta dapat memberi pertolongan dalam mengatasi gejala disiplin di sekolah.
Pendekatan Program PRS
1. Perkembangan kendiri dengan memahami kekuatan diri dan bagaimana
meningkatkan serta kurangkan kelemahan diri.
2. Mencegah iaitu lebih peka kepada diri dan perasaan orang lain. Melihat
sesuatu dengan lebih rasional dan objektif.
3. Memulih atau melatih pelajar menjadi pelajar yang bertanggungjawab.
Fungsi PRS
1. Sebagai kawan yang berkesan dan sebagai saluran tidak formal untuk
kawan mencurahkan .
kawan mencurahkan .
2. Sebagai peninjau rasa rakan-rakan untuk membolehkan guru kaunseling
menjalankan program-program yang bercorak menghalang.
menjalankan program-program yang bercorak menghalang.
3. Penghubung kepada khidmat Bimbingan dan Kaunseling seperti membuat
rujukan jika perlu.
rujukan jika perlu.
Etika PRS
1- Amanah dan menyimpan rahsia.
2- Menerima dan menghormati rakan yang lain.
3- Memahami batasan dan keupayaan diri.
4- Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
5- Memberitahu kepada guru bimbingan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri sendiri atau orang lain.
6- Merujuk kes rumit kepada kaunselor sekolah.
7- Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.
MATLAMAT PRS
- Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar
- Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan
- Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka , bertimbang rasa, rela taat , menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
Misi & Visi PRS
MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani , emosi ,rohani dan intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani , emosi ,rohani dan intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.
VISI
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti
Ikrar PRS
Saya/kami dengan ini berikrar dan menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) sesi 2014 .
- Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira masa dan rakan.
- Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
- Berusaha menjadi pelajar contoh.
- Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
- Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.
Subscribe to:
Posts (Atom)